Cara Daftar Penapis Air CUCKOO Secara Online dengan Agen Sah

Dengan teknologi dan perkhidmatan digital hari ini, anda tidak lagi perlu ke kedai atau pusat pameran untuk mendapatkan produk CUCKOO. Kini, anda boleh daftar penapis air CUCKOO secara online dengan mudah dan selamat — hanya melalui WhatsApp, panggilan, atau borang digital yang disediakan oleh agen sah CUCKOO. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga memberi anda akses kepada promosi terkini, pelan sewaan yang fleksibel, serta penerangan lengkap tentang produk oleh agen yang berpengalaman. Sama ada anda berada di Selangor, Johor Bahru, Kuala Lumpur atau mana-mana negeri lain, proses pendaftaran CUCKOO boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian tanpa keluar rumah. Jadi, bagaimana sebenarnya proses daftar penapis air CUCKOO secara online ini dilakukan? Mari kita lihat panduan lengkap di bawah.

 

Langkah 1: Pilih Model Penapis Air yang Sesuai

Pertama sekali, kenal pasti keperluan anda dan keluarga. CUCKOO menawarkan pelbagai model penapis air mengikut bajet dan fungsi, antaranya:

  • CUCKOO KingTop 2 – Serendah RM58/bulan
  • CUCKOO Titan – Tankless, RM113/bulan
  • CUCKOO Grande – Model digital suhu kawalan, RM115/bulan
  • CUCKOO Kiut – Ringkas dan padat, RM68/bulan
  • CUCKOO Warrior – Sesuai untuk keluarga besar atau pejabat, RM100/bulan

Agen CUCKOO akan bantu anda pilih model terbaik ikut bajet, saiz dapur, dan jumlah pengguna.

 

Langkah 2: Hubungi Agen CUCKOO Sah Secara WhatsApp

Setelah anda tahu model pilihan, langkah seterusnya ialah hubungi agen sah CUCKOO. Ini penting supaya anda tidak terpedaya dengan pihak yang tidak berdaftar atau promosi palsu. Apa yang perlu anda sediakan:

  • Gambar kad pengenalan (IC)
  • Gambar bil utiliti terkini (untuk sahkan alamat)
  • Deposit 1 bulan sewaan (untuk rumah kediaman)
  • Lokasi rumah untuk semakan liputan pemasangan

Semua dokumen boleh dihantar secara WhatsApp dengan mudah dan selamat.

 

Langkah 3: Semakan & Kelulusan Admin CUCKOO

Setelah dokumen lengkap dihantar, pihak CUCKOO HQ akan membuat semakan dan proses kelulusan. Ini biasanya mengambil masa 1–3 hari bekerja. Setelah diluluskan, pelanggan akan dihubungi untuk tetapkan tarikh pemasangan.

 

Langkah 4: Pemasangan oleh Juruteknik CUCKOO

Pemasangan akan dilakukan oleh juruteknik bertauliah dari CUCKOO. Anda tidak perlu bayar apa-apa semasa pemasangan kerana ia sudah termasuk dalam pelan sewaan anda. Proses ini biasanya mengambil masa 30–60 minit sahaja.

 

Langkah 5: Servis Berkala & Sokongan Pelanggan

Selepas pemasangan, CUCKOO akan terus menjaga unit anda melalui:

  • Servis percuma setiap 4 bulan
  • Penukaran penapis automatik mengikut jadual
  • Khidmat pelanggan 7 hari seminggu melalui WhatsApp atau telefon

 

Nak Daftar CUCKOO Sekarang? Senang je!

WhatsApp Ben, Agen Sah CUCKOO (SR1001131) sekarang untuk bantu anda daftar, pilih model, dan semak kelayakan.
Klik butang WhatsApp di bawah kanan untuk mula sembang dan dapatkan promosi terkini termasuk RM1 bulan pertama!